Friday, June 19, 2009

"Daulat Tuanku"...


" Jgn sedih lerrr, betul apa kata TMJ tu"...hihihihi


"Tuanku,nanti bawak si PM ni sekali jelajah Malaysia..bagi dia tgk kedaifan rakyat,jgn tahu naik kereta mewah je"..


Okey,mesti ada yang tertanya kenapa gambar dlm blog aku nie agak teruk kualitinya...gambar2 ni diambil menggunakan HP buruk aku ni...(nak cepat..)coz aku shoot masa berita kat tv.
Lagi isu tentang Link3 ke Singapura ni.Tengku Mahkota Johor tidak setuju dan menyuruh PM baru ni batalkan projek megaDRAMA orang-orang yang gilakan keuntungan semata ini.Hahahaha...hahahaha..hahaha..harap-harap Sultan tidak akan berubah hati yek!...
PM nak bincang dan memujuk Sultan tentang isu ini...Entah lah..kan banyak lagi projek2 yang boleh di buat di malaysia ini...misalnya memodenkan rakyat-rakyat pribumi atau membantu rakyat-rakyat yang ketandusan matawang..atau membantu rakyat yang dianggarkan akan dibuang kerja.Membantu peniaga-peniaga kecil ke...Erti kata lain,bantulah simiskin dan papa ini..tapi kenapa masih nak di pertahankan projek dengan orang yang pernah cuba mencari pasal dengan kita? yang pernah mengeluarkan kata-kata "14 minit saje semenanjung Malaysia boleh hancur dengan helicopter barunya..oooOOOOOOoooOOOO..Mungkin ini yang digelarkan usaha sama kaya sama-sama..SAMPAH!!!!
Makin lama makin pelik perilakumu wahai PM....hahahahaahaha PM ke?....Undilah sangattt...

Monday, June 15, 2009

" Link ke-3"


Okey..umah nenek aku di Chua Chu Kang,Singapura....aku TAK SUKA...masuk singapura ikut Tambak Johor..sesak teruk OOOOO....Aku SUKA IKUT Link ke-2...TIDAK SESAK......
Nanti NAJIB buat aku LAGI SUKA.....Pasal dia buat LINK ke-3...AKU LAGI SUKA SANGGGAATT pasal...tak ada pula orang yang berpendapatan ciput nak lalu kat situ...Lagi tak sesak...Boleh lah kastam kita relax dan tidur waktu bertugas....alah..macam aku tak pernah nampak...AKU SUKAAAA....SUKA LAH SANGGGGAAATTTTTT!!!!!!.
Dengar cerita minyak nak naik...betul ke jib?...tambang bas dan teksi pun dengar nak dinaikkan?...baguslahtuuuu....oi! si PAPA KEDANA..NAIK KAKI LAH KITA.....sedih..sedih...

Buat lah yang penting dulu jib oi...banyak lagi rakyat kita yang nak pakai duit, ada juga yang hidup tersepit ....tolong-tolonglah yang miskin,papa kedana...bukan membantu yang sedia kaya tapi masih pergi jumpa anda minta tolong bagi projek..

"Satu lagi projek kerajaan jahanam oleh kontrektor"





"Bangunan kerajaan sabah banjir"

Okeylah,..Tengok sendiri, ikuti sendiri dan fikirkan lah sendiri...siap nak disalahkan? semua tak ngaku...bahan binaan ke yang salah lagi?....

"Sejarah atau mitos=PutarBelitkan"


"Jebat dan Tuah"


"Pertarungan bermula"...alfatihah kepada Allahyarham seniman Nordin ahmad"..


"Babak Tuah dan Isterinya"

Okey,Baru-baru ni aku tengok satu cerita di kotak pentas pelakon yang agak memeningkan aku setiap bulan..Satucerita fakta atau mitos yang aku sendiri tidak ketahui asal-usulnya.Hanya berlandaskan cerita tok nenek dahulu kala..cerita Hang Tuah dan Lima orang sahabatnya.Dalam cerita itu ada menunjukkan Hang Jebat dan Hang Tuah sudah berkahwin...jika sudah berkahwin mana warisnya..siapa? aku naik pening...Hang Jebat mati meninggalkan isteri yang sarat mengandung..Apa jadi selepas itu?Ada beberapa benda yang aku tidak setuju dalam mitos pahlawan kita kononnya..Persoalan yang bermain dalam kotak fikiran aku..kenapa Hang Tuah sanggup membunuh orang yang menyayanginya, yang mempertahankan hak dirinya sebagai seorang manusia.Kenapa tidak ada orang lain yang membantu jebat dan menyedarkan tuah?...pening...Ada mitos lain menyatakan yang tuah ghaib selepas membunuh jebat..tapi macam mana pula tuah pergi meminang puteri gunung ledang?...
Bila aku fikir semula...ah! apa nak pelik sedangkan fakta kemerdekaan negara pun boleh diputar belit ini kan pula mitos melayu dulu kala.......